Gambar Luna Maya Mabuk Bukan Dirinya


Semenjak Ariel Peterpan dibebaskan dari penjara, kini kecoh habis, dunia hiburan Indonesia apabila sekeping gambar (foto) tersebar luas di blog-blog hiburan di sana mendakwa Luna Maya yang terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Gambar yang turut memaparkan dua (2) orang jejaka lain ini seperti sengaja dirakamkan dan mula timbul apabila dimuat naik dalam akaun Twitter milik pelakon Tyas Mirasih.

Namun, Luna Maya yang dihubungi laman Kapan Lagi melalui telefon menafikan yang wanita dalam gambar mabuk yang tersebar tersebut merupakan dirinya.

Luna Maya turut mendakwa yang beliau tidak pernah memiliki baju atau persalinan seperti dikenakan oleh wanita dalam gambar ini & susuk tubuhnya juga berbeza.

Luna Maya didakwa Mabuk

Mengakui sudah melihat gambar tersebut lebih awal sebelum dikesan media, Luna Maya berkata beliau tidak pernah kenal dengan dua jejaka dalam gambar tersebut.

“Kalau dilihat, jari gadis itu ‘kan lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadinya perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan dan rasanya tidak perlu diperbesarkan,” ujar Luna Maya.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini