Irma Hasmie kini disahkan Mengandung


G.A.M ingin berkongsi kisah terkinin Irma Hasmie, Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie (30) mengesahkan kebenaran berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah (31) ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya saat ini agak kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya telahpun 4 minggu dan hampir masuk ke 5 minggu.

“Saya kerap muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom yang biasa kepada bakal ibu. Saya berharap badan saya cukup kuat untuk menghadapinya.

“Buat masa ini, itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun, sebaliknya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan,” katanya kepada kepada wartawan.

Gembira bakal bergelar bapa, Redza sebagai suami lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

“Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semua turut sama mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

“Kerana kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah hendak bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya,” kata Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini