Abby Abadi didakwa Jual Badan dan Muka?

Pelakon yang begitu popular dan kini telah berhijab masih teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby yang ramai sudah sedia tahu, sejak berhijrah dia bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, baru-baru ini Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.

G.A.M pun tidak pasti bilakan gossip gossip liar begini akan reda terhadap Abby Abadi

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini