Azza Elite Keguguran, selepas hamil 6 minggu


Mungkin ini salah satu berita sedih untuk diperdengarkan. Ia mengenai pelakon yang juga ahli kumpulan Elite iaitu Nor Azzarima Zawari atau Azza. Khabarnya dia telah pun keguguran selepas hamil 6 minggu gugur pada semalam (khamis).

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, bekas kumpulan Elite ini walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang insiden tersebut.

"Memang benar saya mengalami keguguran, tetapi saya enggan mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Berikan masa untuk saya bertenang," jelas Azza yang meminta agar semua pihak memahami situasinya.

Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Azlan Zulaily pada 1 April lalu.

Apa pun G.A.M berharap Azza bersabar yea. Anggap sajalah ini bukan rezeki. Semua ini pasti ada hikmahnya. Yang penting, Azza tidak boleh berputus asa dan sentiasalah berdoa pada Allah Swt supaya dikurniakan lagi rezeki daripadaNYA.


Entri Menarik Hari Ini