Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan

Panduan menulis format surat rasmi Letak Jawatan haruslah disusuli daripada sumber yang betul seperti Nama dan alamat serta tujuan anda mengarang .

Proses ini penting dan merupakan peringkat dimana anda harus titik beratkan jika anda mahu gaji terakhir dimasukkan ke dalam akaun bank anda  dan seterusnya tanggapan yang baik terhadap majikan ,

Berikut saya berikan Contoh Surat Rasmi Perletakan Jawatan ini khas ditujukan bagi sesiapa yang bakal menempohi situasi berhenti kerja .

Seperti yang anda ketahui , surat rasmi adalah contoh surat yang perlu mengikut Format Surat Rasmi yang sedia ada dan setiap surat rasmi yang ditulis mesti mengekalkan format tersebut bagi memastikan usaha anda menulis tidak menjadi sia-sia sahaja.


Muat turun Contoh Surat Rasmi Letak Jawatan

    Azman Adnan bin Azman Rembat
    Blok B 01-05, Apartment Puncak Jalil,
    Persiaran Puncak Embun, PUJ 2/1,
    43300 Seri Kembangan,
    Selangor

_______________________________________________________________________

    Tuan pengurus,
    Syarikat Giat Mara Sdn Bhd,
    458102, pengkalan Ulu Kelang
    Klang , Selangor
                                                                                                                19 September 2012

        Tuan ,
        PER: PERLETAKAN JAWATAN

    Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas , saya Azman Adnan Bin Azman Rembat memangku  jawatan Juru Audit Kewangan di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 30 November 2012 , sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang diberikan syarikat tuan.

    2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas syarikat tuan , tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran perkerjaan baru  dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

Dengan itu ,saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini.
Sekian, terima kasih

_ _ _ _ _ _ _
Yang Benar
(Azman Adnan bin Azman Rembat)
Juru Audit Kewangan

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini