Faizal Tahir undur diri dari Anugerah Juara Lagu (AJL)


Gimik atau realiti, seorang penyanyi penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemuruh dan Mahakarya Cinta, Faizal Tahir dikatakan mahu berehat dan tidak mahu menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun ini laporan dari pihak media hiburan.

Berita mengejutkan ini telah disampaikan oleh Faizal Tahir sendiri menerusi rancangan Muzik Muzik 27, pada 1 September lalu di TV3.

"Untuk tahun ini saya mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan atau mencalonkan lagu saya di Muzik Muzik kerana mahu berehat dahulu," ujar Faizal.

Selain itu, Faizal Tahir turut memaklumkan bahawa keputusan ini telah lama difikirkan olehnya, iaitu sejak tahun lalu, sewaktu selesai AJL ke 26. Faizal turut menyatakan bahawa, dia sendiri tidak dapat jangkakan sampai bila dia ingin berehat daripada memasuki AJL.

Untuk makluman, sebelum ini Faizal Tahir pernah mempertaruhkan lagu Karma, Sampai Syurga dan Selamat Malam untuk pentas AJL. Namun begitu, rezeki masih belum berpihak kepadanya apabila dia gagal menyandang gelaran Juara Lagu.

Nasihat G.A.M tak perlu lah sampai nak berundur diri, kalau atas alasan berehat tu, kira dah okie lah tu...

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini