Pengacara Popular TV3 Letak Jawatan kerana masyarakat di Bintulu?

Pengacara yang begitu popular di TV3 kini menerima tamparan yang hebat dari masyarakat bintulu, gara gara pengacara tersebut tersilap menggunakan perkataan daif. Hasil dari kesilapan sebutan itu orang orang di sarawak marah dengan kenyataan pengacara itu.

Bagaimanapun Pengacara tersebut cuba menangkas sekeras kerasnya bahawa perletakkan jawatan nya itu bukan dari hasil insiden di bintulu tetapi katanya dia telah memberikan notis untuk meletak jawatannya sebgai pengacara ' Malaysia Hari Ini' kira kira sebulan yang lalu.

"Sebenarnya, notis perletakkan jawatan saya hantar sebulan yang lalu. Perkara ini tiada kaitan dengan insiden baru-baru ini.

"Saya harap orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu berkenaan, kerana ini merupakan keputusan peribadi saya," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Menurut Nurul Syuhada, 28, walaupun dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa, namun dia tetap bekerja dengan TV3 separuh masa.

Jelasnya, kini dia mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan mahu menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana.

"Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang geokimia tapi separuh jalan saja. Jadi saya ingin teruskan cita-cita saya untuk menyambung pengajian.

"Mungkin saya akan sambung pelajaran dalam bidang psikologi atau tamadun Islam," katanya.

Pada masa, Nurul Syuhada turut menafikan khabar angin yang kononnya dia meletak jawatan kerana mendapat tawaran lebih baik daripada stesen televisyen lain.

Sementara itu, personaliti TV3 berkata, kini sudah tiba masanya untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata selepas enam tahun lebih bekerja tanpa pernah mengambil cuti.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini