Rozita Che Wan dikaitkan dengan Jejaka Bernama Bob ?


Rozita Che Wan telah dikatakan dengan Jejaka Bernama Bob. Desas desus khabar angin yang menyatakan figura cantik, Rozita Che Wan yang ingin menamatkan zaman solonya hujung tahun ini.

Ini jawapan yang diberikan oleh Rozita, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut tersebar sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki berkenaan,Bob yang dikaitkan dengannya itu.

“Lucu juga sebab ini bukanlah kali pertama saya dikaitkan dengan lelaki dan terbaru, lelaki tersebut kononnya merupakan seorang ahli pernigaan dari Johor Bahru. Saya sendiri tidak mengetahui kewujudan lelaki berkenaan apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga,” jelas Rozita Che Wan yang akan bercuti selama seminggu bersama adiknya, Ayu Raudhah ke Belanda serta Paris awal Oktober depan.

Mengulas mengenai kisahnya yang dikatakan suka mencari lelaki yang berharta pula, Rozita mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Jujur saya cakap setiap orang pasti akan memilih yang terbaik bagi dijadikan suami atau isteri, begitu juga dengan saya. Jadi sudah tentulah saya akan pilih yang terbaik bagi diri serta anak-anak. Pasal duit atau harta itu semua subjektif. Duit boleh cari tetapi lelaki yang baik bukan mudah untuk ditemui,” ujar Rozita lagi. - Rozita Che Wan Nafi Kenal Jejaka Bernama Bob

G.A.M tidak kisah lah siapakah jejaka pilihan Rozita Che Wan, asalkan bahagia bersama sudah sempurna rumahtangga tersebut...

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini