Saham FGV di Bursa Malaysia Dah Mula Jatuh Menjunam ? Apa Kata Peneroka?


Sebelum ini riuh sungguh tentang penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia sebelum ini telah menunjukkan hari pertama dagangan telah mencecah pada harga RM5.46. Itu cerita yang berlegar pada 3 bulan yang lalu. Pasaran saham ada turun naiknya. Tetapi apa perkembangan terkini nilai dagangan saham FGV ketika ini?

Kalau diikutkan cerita dan faktanya, FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook. Sekarang ini, harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5.00, apabila ditutup berada pada paras RM4.85 semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

    Saham FGV hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.

Kita pernah mendengar sebelum ini Amanah Saham Johor, hanya ambil masa 3 bulan sahaja sebelum jatuh selepas itu. Tetapi persoalannya sekarang ini apa yang akan terjadi kepada saham FGV adakah akan menjadi semakin teruk atau kembali stabil selepas ini?

Isa Samad Felda FGV Saham FGV di Bursa Malaysia Dah Mula Jatuh Merudum (RM4.85). Apa Kata Isa Samad? Andaikata peneroka bertindak mahu menjual saham FGV mereka yang “seciput itu” secara senyap-senayap ataupun melalui sindiket, maka pegangan bumiputera akan berkurangan dan tinggal nama sahaja.

Seperti biasa Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Isa Samad individu penting yang “menjayakan projek penyenaraian saham FGV” di Bursa Malaysia terus menabur keyakinan :

    “Saya percaya dengan perancangan yang kita telah dijalankan, FGVH akan menjadi jauh lebih baik pada masa akan datang,” katanya.


Saham FGV – Pembahagian Saham :

        Isa Samad ada syer RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39. Bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan yang diperolehi Isa Samad?
        Peneroka pun ada syer. Bukan tiada langsung. Tetapi 800 unit saham seorang. Cukup? Munasabah

Senang jadi orang bernama Isa Samad ini rupanya. Apabila saham naik beliau akan dakwa betapa bijaknya dia mengkayakan Felda. Tetapi apabila saham FGV mula jatuh merudum mula mencari alasan pasaran dunia jatuh, serangan soros, manipulasi harga,spekulator asing. Ada lagi alasan selamat yang lain?

P/S : Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41 dan lain-lain cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual sekarang ini, berapa yang tinggal pualngan daripada saham FGV ini?

Kita tengoh Feedback Peneroka apa kata mereka?

1 comments:

Syarikat melayu atau umno. Biasalah.

Entri Menarik Hari Ini