Samsung Galaxy Note 2 Dilancarkan Secara Rasmi



Selepas kejayaan Samsung Galaxy Note, kini muncul pula generasi kedua Samsung Galaxy Note iaitu Samsung galaxy Note II. Sudah semestinya generasi kedua ini membawa banyak perubahan daripada generasi pertama. Pelancaran ini dilakukan pada acara Samsung Mobile Unpacked di IFA 2012 Berlin, Jerman.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2

Seperti juga dengan Samsung Galaxy Duos, rekabentuk luaran Galaxy Note II ini diinspirasikan dari rekabentuk Samsung Galaxy S3.

Galaxy Note 2 ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 1.6GHz empat-teras (quad-core), RAM sebanyak 2GB dan terdapat tiga pilihan saiz storan dalaman (internal storage) iaitu 16,32 dan 64GB. Ianya juga menyokong penggunaan kad microSDHC sehingga 64GB.


Samsung Galaxy Note2 turut dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapiksel yang turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya pula beresolusi 2 Megapiksel.

Sesuatu yang menggembirakan adalah Galaxy Note 2 ini akan tersedia dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Jadi pengguna tidak perlu menunggu untuk menerima kemaskini (update) ke Android OS yang terkini nanti.

Skrin SUPER AMOLED HD gajet ini adalah bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel. Dimensi Galaxy Note 2 bersaiz 80 x 151.1 x 9.4 mm (lebar x panjang x tebal) dan seberat 180 gram termasuk bateri. Kapasiti baterinya pula adalah 3,100 mA.

S-Pen yang terdapat pada model Galaxy Note sebelum ini telah direkabentuk semula untuk kegunaan Galaxy Note 2. S-Pen itu kini adalah lebih tebal dan lebih tinggi berbanding sebelum ini beserta dengan rubber tip pada hujung stylus tersebut.

Harga Dan Tarikh Dipasarkan

Samsung Galaxy Note 2 akan mula dijual di seluruh dunia termasuklah di Malaysia bermula pada bulan Oktober 2012 ini. Tetapi berapakah harga peranti hybrid smartphone-tablet ini masih belum lagi diketahui buat masa ini.

Samsung Galaxy Note 2 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu ‘Marble White’ dan ‘Titanium Grey’.

Perbandingan spec samsung galaxy note 2 dengan samsung galaxy note.






9 comments:

Hi....

Nice blog with a lot of new information,
Thanks for sharing

oke sob,ane coba infonya dulu...goodluck

Makasih Atas Postingannya sangat berguna banget bagi saya..
moga" blognya bisa makin berkmbang dan postingannya makin banyak...

Great Blog..!!!! Keep Blogging....

boleh juga tutorialnya, di save page as dulu ahhh

boleh juga tutorialnya, di save page as dulu ahhh

Entri Menarik Hari Ini