Shah Rukh Khan Akan Didakwa Hina Bendera India dilaman Youtube ?


Apa Kes nie aktor Shah Rukh Khan didakwa menghina Bendera India dan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dituduh menghina bendera negaranya sendiri.

Menurut laporan Digital Spy, bintang filem Ra One itu telah mempermainkan bendera India menerusi salah satu video di laman YoutTube dan hal itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Shah Rukh telah menjerat dirinya sendiri menerusi Akta Perlindungan Memperkecilkan Kehormatan Bangsa, tahun 1971.

"Hal ini telah pun difailkan ke mahkamah pada 14 Ogos lalu dan laporan tersebut sedang diproses oleh pihak berkuasa untuk disiasat dengan lebih lanjut," kata sumber.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan beberapa bahan bukti berupa foto dan video telah di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini