Jue Aziz Malas Nak Layan Gosip CINTA

Gosip itu timbul apabila sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan Jue dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, semakin hari semakin intim.

Pelakon wanita, Zuliana Abd. Aziz, 29,  atau Jue Aziz yang dikaitkan bercinta dengan suami kepada pelakon, Rita Rudaini, 36, baru-baru ini enggan memberikan komen panjang lagi berhubung gosip liar itu.

Terbaru, pasangan itu dikatakan sudah pun memasuki fasa bahagia apabila Jue sudah mulai memanggil diri Aidil dengan panggilan ‘sayang’.

Menerusi laporan Kosmo, Jue berkata, dia tidak mahu lagi membuka mulut tentang gosip liar itu kerana berfikir isu tersebut tidak akan berakhir.

“Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini.

“Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul,” kata Jue.

Selain itu, Jue sendiri mengetahui individu yang bertanggungjawab menjadi pembawa mulut dalam gosip ‘cinta’ antara dia dan Aidil.

Pelakon yang berkulit putih itu sebelum ini mahu membawa kes gosip itu ke mahkamah.

Namun, atas dasar kasihan kepada pembawa cerita itu, Jue tidak mahu memperbesarkan isu yang remeh.

“Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu . Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu.

“Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

21 comments:


Hallo sobat ? ikut gabung sini lagi ya


Makin mantab aja ni sob informasinya



Mudah- mudahan semakin mantab lagi ya



Salam kenal dan sukses slalu

izin menyimak ajach dulu soalnya belum paham benar


makasih ya atas infonya , mudah mudahan bermanfaat trus .

makasih banyak ya gan jadi nambah ilmu ne

mudah-mudahan artikelnya semakin maju dan sukses selalu

bagus banget gan infonya



Thaks

bermanfaat banget infonya bagi saya


makasih gan


Halllo, numpang untuk nambah backlink di sini ya !!

Setelah saya menyimak ternyata info-infonya sangat bermanfaat bagi saya untuk menambah pengetahuan saya

Thanks



Entri Menarik Hari Ini