Remy Ishak Tayang Badan


Nampaknya ramai jejaka jejaka artis Malaysia kini bergiat dalam seni bina angkat berat. Fenomena bina badan di kalangan selebriti terutamanya artis lelaki seakan-akan menjadi trend masa kini.

Antara artis Malaysia yang mempunyai tubuh badan sasa dan menarik ialah Norman Hakim, Aqasha dan Sabhi Sadhi.

Ini berikutan tuntutan watak yang memerlukan mereka tampil gagah dan sasa sesuai dengan karakter yang bakal dilakonkan.

Pelakon kacak yang memang tidak perlu dipertikaikan bakatnya, Remy Ishak juga di antara artis yang gemar berkunjung ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik dan kekar sesuai dengan gelaran selebritinya.

Remy sempat berkongsi gambar lamanya dengan badan ’6 pack’ semasa menjayakan penggambaran filem Bravo 5 tahun lalu.

Kali ini, Remy juga bakal tampil dengan badan sasa sebegitu untuk menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Jiwa yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.-mynewshub-

1 comments:

Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
Can you please consider placing my website on your link list?

Please email me back.

Thanks!
Kevin
kevincollins1012 gmail.com

Entri Menarik Hari Ini