Khir Toyo yakin Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail Akan Menang Besar!


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 21 Mac ini.

“Saya jangka undi Dr Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak.

“Situasi sokongan pengundi Kajang juga tidak menyebelahi BN. Pengundi Umno adalah golongan tua ini bermakna ada yang sudah meninggal dunia atau pun sakit.

“Manakala orang masih memerhati MCA ekoran baru memilih pucuk pimpinan, Gerakan pula tidak banyak pengaruh,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR tetapi turut dikenali dengan panggilan Kak Wan menghadapi Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dalam sangan satu lawan satu di DUN Kajang.

Dr Mohd Khir juga mendakwa, kempen Umno masih lagi berkisar kepada penyokong mereka sahaja dan beliau mencadangkan supaya petugas parti itu.

“Mereka perlu keluar dari kepompong ini,” tegasnya.

Beliau juga menjelaskan sokongan orang muda tidak menyebelahi BN apatah Kajang ini mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

“BN kena mendapatkan pengundi muda,” katanya lagi.

Bekas Pengerusi BN Selangor itu menambah, faktor-faktor nasional juga mempengaruhi pilihan raya kecil Kajang. -sumber-

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini